Laluan Persekutuan Malaysia 257

Laluan Persekutuan Malaysia 257
Jalan Lencongan Barat, Lencongan Barat
Penghujung selatan FT257
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda dan THB Maintenance Sdn Bhd
Panjang12.00 km (7.46 mi)
Simpang utama
Jalan lingkaran mengelilingi Sungai Petani
Hujung utara LP 1 Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara FT1 / E1 di Bandar Aman Jaya
Persimpangan utama
Hujung selatan LP 1 Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara FT1 / E1 di Kampung Padang Temusu
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Laluan/Jalan Persekutuan Malaysia 257 (Jalan Lencongan Barat, Jalan Lencong Barat atau Lencongan Barat) ialah salah satu jalan persekutuan yang terdapat di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia. Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala dan syarikat THB Maintenance Sdn Bhd. Jalan Lencongan Barat FT257 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 12 kilometer (7.5 bt), mengelilingi Bandar Sungai Petani serta menghubungkan Bandar Aman Jaya di utara dengan Kampung Padang Temusu di selatan dengan melalui kawasan Kampung Sungai Pasir, Kampung Telok, Kampung Haji Din, Kampung Sungai Jagong, Kampung Sungai Layar Hujung, Kampung Pulau Tiga, Bandar Laguna Merbok Taman Nilam, serta Taman Intan.