Laluan Keretapi Barat Sabah
Laluan Keretapi Barat Sabah di Sabah, Malaysia ialah nama yang diberikan kepada perkhidmatan rel yang beroperasi dari Tanjung Aru sehingga Tenom di bahagian Pantai Barat dan Pedalaman di bawah pengurusan Keretapi Negeri Sabah. Laluan yang sebelum ini dikenali sebagai Laluan Keretapi Borneo Utara.