Lagu Peperangan Igor
Lagu Peperangan Igor (Slavik Timur Kuno: Слово о пълкѹ Игоревѣ, rumi: Slovo o pŭlku Igorevě Слово о пълкѹ Игоревѣ) ialah puisi epik atau kumpulan lagu oleh penulis awanama. Bahasa yang dipakai ialah bahasa Slavik Tua.
Puisi itu menceritakan tentang pencerobohan gagal yang dilakukan Igor Svyatoslavich (maut 1202) terhadap bangsa yang mereka sebut Polovtsians di pedalaman Cumania. Beberapa ahli sejarah mengatakan bahawa lagu/puisi ini palsu dan ditulis dua abad selepasnya pada masa naiknya pengaruh Republik Novgorod. Mereka berpendapat tidak mungkin Pengiran Igor meluahkan tentang kekalahannya sendiri dan memuji Konchak.
Lagu Peperangan Igor diadaptasi oleh Alexander Borodin sebagai opera dan menjadi salah satu teater klasik Rusia paling laris.