Lagu Misha Omar di Akademi Fantasia

Lagu-lagu rakaman penyanyi Misha Omar sering dijadikan rujukan untuk pertandingan nyanyian setelah kejayaannya menempa nama dalam bidang seni suara. Saban musim lagu nyanyian asalnya diberikan sebagai tugasan kepada pelajar-pelajar Akademi Fantasia. Sejak musim pertama kebanyakkan lagu-lagu Misha menghantui para pelajar kerana kesukaran untuk membawakan lagu-lagu tersebut tanpa ada sebarang pengaruh Misha yang sangat kuat identitinya.