Lagenda Budak Setan 3: Kasyah

Lagenda Budak Setan 3: Kasyah
PengarahSharad Sharan
Lakon layarAhadiat Akashah
BerdasarkanKasyah Lagenda Berakhir karya Ahadiat Akashah
Dihasilkan olehSharad Sharan
Dibintangi
Disunting olehKate James
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
11 September 2014
Masa tayangan
112 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM 1.3 juta

Lagenda Budak Setan 3: Kasyah (juga dikenali sebagai Lagenda Budak Setan 3: Kasyah - Lagenda Berakhir) merupakan filem drama romantik Malaysia 2014 dan sekuel ketiga dan terakhir filem Lagenda Budak Setan selepas dua filem sebelum ini, Lagenda Budak Setan dan Lagenda Budak Setan 2: Katerina yang diarahkan oleh Sharad Sharan. Filem ini dibintangi oleh Farid Kamil, Maya Karin dan Lisa Surihani dan merupakan kesinambungan terakhir filem ini, dityangkan pada 11 September 2014.