Lagenaria
| Lagenaria | |
|---|---|
| Labu air (L. siceraria) | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Plantae |
| Klad: | Trakeofit |
| Klad: | Eudikot |
| Klad: | Rosid |
| Order: | Cucurbitales |
| Keluarga: | Cucurbitaceae |
| Subkeluarga: | Cucurbitoideae |
| Tribus: | Benincaseae |
| Genus: | Lagenaria Ser. |
| Sinonim | |
| |
Lagenaria ialah genus penjalar berbuahkan labu dalam keluarga labu (Cucurbitaceae). Lagenaria mengandungi enam spesies, kesemuanya tempatan dari Afrika tropika. Spesiesnya yang paling terkenal, labu air atau labu botol, L. siceraria, telah didomestikkan oleh manusia, dan tersebar di seluruh Afrika. Spesies lainnya pun ada yang ditanam. Labu daripada aneka spesies boleh dituai muda dan dibuat sayur. Lebih umum lagi, labu ini dituai matang, dikeringkan, dan dipakai dalam pembuatan perkakas (termasuk alat muzik dan bekas). Labu L. siceraria telah dipakai untuk menyimpan air dan cecair lain sejak dahulukala. Nama generiknya lagenaria datang daripada Latin klasik lagena yang bermaksud botol atau kelalang, ditambah imbuhan Latin -aria.