Lady Bird (filem)

Lady Bird
PengarahGreta Gerwig
PenulisGreta Gerwig
Dihasilkan oleh
  • Scott Rudin
  • Eli Bush
  • Evelyn O'Neil
Dibintangi
SinematografiSam Levy
Disunting olehNick Houy
Muzik olehJon Brion
Syarikat
penerbitan
  • Scott Rudin Productions
  • Management 360
  • IAC Films
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 01 September 2017 (2017-09-01) (Telluride)
  • 3 November 2017 (2017-11-03) (AS)
Masa tayangan
93 minit
NegaraAS
BahasaEnglish
Bajet$10 juta
Pecah panggung$34.1 juta

Lady Bird merupakan filem komedi-drama Amerika Syarikat tahun 2017 yang ditulis dan diarahkan oleh Greta Gerwig. Ia dibintangi oleh Saoirse Ronan, Laurie Metcalf, Lucas Hedges, Timothée Chalamet, Tracy Letts, Beanie Feldstein, Stephen McKinley Henderson, dan Lois Smith.

Lady Bird telah ditayangkan di Festival Filem Telluride pada 1 September 2017, sebelum ditayangkan di seluruh Amerika Syarikat pada 3 November 2017 oleh A24. Di Amerika Syarikat sahaja, filem ini mengutip keuntungan sebanyak $34 juta. Filem ini dipilih oleh National Board of Review, American Film Institute, dan majalah Time sebagai salah satu daripada sepuluh filem terbaik tahun 2017. Filem ini turut memenangi Filem Terbaik – Muzikal atau Komedi dan Pelakon Wanita Terbaik – Muzikal atau Komedi (Ronan) di Anugerah Golden Globe ke-75.