La Paz

La Paz
Chuqiyapu
Nuestra Señora de La Paz
La Paz skyline

Bendera

Mohor
Moto: "Los discordes en concordia, en paz y amor se juntaron y pueblo de paz fundaron para perpetua memoria"
Kedudukan La Paz didalam Bolivia
Koordinat: 16°30′S 68°09′W / 16.500°S 68.150°W / -16.500; -68.150
Negara Bolivia
Jabatan Jabatan La Paz (Bolivia)
Province Wilayah Pedro Domingo Murillo
Ditemui 20 Oktober 1548
Disatukan (El Alto) kurun ke-20
Kerajaan
 - Datuk Bandar Juan Del Granado
Kawasan
 - Jumlah 181.5 batu persegi (470 km²)
Ketinggian 11,942 kaki (3,640 m)
Kepadatan (2006)
 - Jumlah 1,250,000 (anggaran 2,005)
 - Kepadatan 16,252.6/batu persegi (6,275.16/km²)
Kod kawasan 2
Laman web: www.ci-lapaz.gov.bo/

La Paz merupakan ibu kota pemerintahan Bolivia, sekaligus ibu kota departamento La Paz. Ia terletak 68 kilometer jauh arah tenggara dari Tasik Titicaca di kawasan barat tengah Bolivia dalam sebuah ngarai hasil saliran sungai Choqueyapu sebahagian daripada lembangan Amazon serta dikelilingi gunung-ganang tinggi Altiplano. Kota ini merupakan ibu kota tertinggi di dunia dengan ketinggian 3,650 meter dari paras laut. Ia kota kedua kependudukan tertinggi dengan sebanyak 1,816,044 orang penduduk pada tahun 2020, kawasan metropolitan ini yang erangkumi La Paz, El Alto, Achocalla, Viacha dan Mecapaca membentuk kawasan perbandaran kedua terbesar di Bolivia seramai 2.0 juta orang selepas Santa Cruz de la Sierra.

Kota ini merupakan petempatan paling utama di Bolivia dari segi pentadbiran, ekonomi dan kesukanan menyumbang 24% keluaran dalam negara kasar negara itu serta menempatkan banyak syarikat utama beroperasi di Bolivia.

Ia merupakan antara 7 buah "bandar ajaib" dipilih oleh persatuan 7Wonders selain Beirut, Doha, Durban, Havana, Kuala Lumpur dan Vigan.