La Malinche
Cortes menulis, “ Selepas Tuhan, kami terhutang budi kepada Doña Marina keatas penaklukan Sepanyol Baru .”
La Malinche (sekitar 1505 – 1529), merupakan nama Aztek bagi seorang wanita yang memainkan peranan penting dalam penaklukan Sepanyol. Dia juga dikenali dengan nama kristiannya Doña Marina. Bagi Cortez, dialah penterjemah, setiausaha, tempat mengadu dan juga wanita simpanannya. Tetapi ramai rakyat Mexico membencinya kerana dianggap sebagai seorang pengkhianat. Malah, akibat bisikannya yang merbahaya ramai puak pribumi negara itu telah terbunuh. Oleh itu di Mexico, perkataan La Malinche merujuk kepada seorang yang "suka atau terpesona dengan barangan asing".