Sekularisme di Perancis
Sekularisme dalam falsafah negara Perancis (Perancis: laïcité, disebut [la.i.si.té]) difahamkan sebagai ketiadaan gangguan keagamaan dalam hal ehwal pemerintahan dalam negara tersebut dan ketiadaan campur tangan pemerintah dalam hal ehwal keagamaan; hal ini merupakan prinsip utama termaktub dalam perlembagaan republik ini.
Fahaman ini mula muncul sejak tercetusnya Revolusi Perancis di mana para republikan mula memegang tampuk kekuasaan negara tersebut setelah menggulingkan raja mereka. Ia merupakan satu komponen utama dalam tradisi liberal dan negara republik di Eropah.