L'uomo vitruviano

L'uomo vitruviano

Maklumat umum
Jenisxx SPena dan tinta dengan wash pada metalpoint
di kertas
Penciptaxx SLeonardo da Vinci
Dicipta padasekitar tahun 1490
Gerakanxx SItalian Renaissance (en)
Subjekmanusia, squaring the circle (en) , bulatan dan segi empat sama
Saizxx S34,6 () × 25,5 () cm
Bahasaxx Sbahasa Itali
Lokasixx S
Koleksixx SGallerie dell'Accademia, Venezia
Sejarahxx S
Tarikhxx SSejarah pameranxx S
2019-2020Leonardo da Vinci (en) , Muzium Louvre (katalog: 102)
Pengkataloganxx S
Nombor inventorixx S69
Katalogxx S
sunting · sunting di Wikidata

Le proporzioni del corpo umano secondo Vitruvio ("Kadar ukuran tubuh manusia menurut Vitruvius") atas ringkasnya L'Uomo Vitruviano (sebutan bahasa Itali: [ˈlwɔːmo vitruˈvjaːno], "Manusia Vitruvius"; bahasa Inggeris: Vitruvian Man) adalah sebuah lukisan dakwat atas kertas yang dibuat oleh Leonardo da Vinci sekitar tahun 1490.

Lukisan ini menggambarkan seorang lelaki dalam dua kedudukan yang tumpang tindih dengan tangan dan kakinya berjauhan dalam suatu bulatan dan segi empat disertai catatan berdasarkan kandungan Buku III risalah De architectura karya Vitruvius, seorang jurubina Romawi kuno yang menggambarkan sosok manusia sebagai sumber utama ukuran badan antara asas kepada jurusan ilmu seni bina. Vitruvius menetapkan bahawa suatu sosok tubuh yang ideal harus memiliki tinggi lapan kepala. Lukisan Leonardo biasanya diberi nama untuk menghormati jurubina tersebut.

Lukisan ini tersimpan dalam Gabinetto dei disegni e stampe di Gallerie dell'Accademia, di Venezia, Italia, dengan nombor rujuk 228. Lukisan ini hanya dapat dipamerkan kepada orang ramai sekali-sekala sepertimana kebanyakan karya kertas ciptaan Leonardo da Vinci.