Léa Seydoux
Léa Seydoux | |
|---|---|
Seydoux di Festival Filem Cannes 2016 | |
| Kelahiran | Léa Hélène Seydoux-Fornier de Clausonne 1 Julai 1985 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2006 - kini |
Léa Seydoux (lahir Léa Hélène Seydoux-Fornier de Clausonne; 1 Julai 1985) ialah seorang pelakon Perancis. Beliau memulakan kerjaya lakonannya dalam filem-filem Perancis seperti The Last Mistress (2007) dan On War (2008). Beliau pertama kali mendapat perhatian selepas menerima pencalonan Anugerah César buat pertama kali untuk lakonannya dalam The Beautiful Person (2008) dan memenangi Trophée Chopard di Festival Filem Cannes.
Sejak itu, beliau telah muncul dalam filem-filem Hollywood termasuk Inglourious Basterds (2009), Robin Hood (2010), Midnight in Paris (2011) dan Mission: Impossible – Ghost Protocol (2011). Dalam sinema Perancis, beliau dicalonkan di Anugerah César untuk Pelakon Wanita Harapan buat kali kedua untuk lakonannya dalam Belle Épine (2010) dan dicalonkan Anugerah César bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Farewell, My Queen (2012).
Pada tahun 2013, Seydoux mula mendapat perhatian meluas apabila beliau dianugerahkan Palme d'Or di Festival Filem Cannes untuk lakonannya dalam Blue Is the Warmest Colour. Pada tahun yang sama, beliau juga menerima Anugerah Lumières bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk filem Grand Central dan pada tahun 2014, beliau dicalonkan Anugerah Bintang Meningkat Naik BAFTA serta membintangi filem Beauty and the Beast, The Grand Budapest Hotel dan Saint Laurent. Beliau melakonkan watak Madeleine Swann dalam filem James Bond ke-24, Spectre yang ditayangkan pada tahun 2015.