Kydonia

Kydonia (Bahasa Yunani Kuno: Κυδωνία; Latin: Cydonia) merupakan suatu negara kota kuno yang pernah didirikan di pesisiran barat laut pulau Kriti, Yunani menghala ke Peloponnesos; ia kini terangkum dalam kota Khania moden. Kota purba ini dipercayai didasaskan Kydon, seorang raja keturunan dewa Hermes atau Apollo dan Akakallis, puteri Raja Minos; ada sejarawan seperti Pausanias menyatakan bahawa Kydon merupakan putera raja Tegeates.