Kutu keketam

Kutu keketam
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Anoplura
Keluarga:
Pthiridae
Genus:
Pthirus
Spesies:
P. pubis
Nama binomial
Pthirus pubis
(Linnaeus, 1758)
Sinonim

Pediculus pubis Linnaeus, 1758

Kutu keketam (Pthirus pubis, juga kutu pubik) ialah serangga parasit obligat manusia (parasit yang pada keseluruhannya bergantung kepada perumahnya), makan hanya darah. Kutu keketam biasanya dijumpai pada bulu ari-ari manusia. Walaupun ia tidak dapat melompat, ia juga dapat hidup di kawasan lain badan yang terdapat bulu kasar seperti bulu mata. Manusia satu-satunya perumah yang diketahui untuk kutu keketam, walaupun spesies rapat, Pthirus gorillae, menjangkiti populasi gorila . Parasit manusia terpisah daripada Pthirus gorillae kira-kira 3.3 juta tahun dulu dan lebih bersaudara jauh dengan genus Pediculus yang mengandungi kutu kepala dan kutu badan.