Kupu-kupu raja
| Kupu-kupu raja | |
|---|---|
| betina | |
| jantan | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
| Tribus: | Danaini
|
| Genus: | Danaus Kluk, 1802
|
| Spesies: | D. plexippus
|
| Nama binomial | |
| Danaus plexippus (Linnaeus, 1758)
| |
| Sinonim | |
|
Danaus archippus (Fabricius, 1793) | |
Kupu-kupu raja (Danaus plexippus) ialah satus spesies kupu-kupu yang tergolong dalam cabang Danainae dalam keluarga Nymphalidae. Ia boleh dikatakan sebagai kupu-kupu yang paling terkenal di seluruh Amerika Utara. Sejak abad ke-19, ia turut ditemui di New Zealand serta juga Australia sejak tahun 1871. Ia juga mendiami Kepulauan Canaria, Azores, dan Madeira, dan adakalanya berpindah ke Eropah Barat dan jarang sekali United Kingdom.
Kupu-kupu ini terkenal dengan corak jingga hitam yang menonjol pada kepaknya yang lebarnya 8.9–10.2 sentimeter. Salah satu kelompok kawanannya mendapat perhatian dari tabiat berpindah-randah besaran-besaran secara berulang-alik mengikut musim dari Kanada ke Mexico dan Baja California yang mengambil masa hayat tiga atau empat keturunan kupu-kupu berkenaan. Kelompok spesies kupu-kupu ini yang berhijrah musiman antara Amerika Utara ini telah diisytiharkan terancam oleh IUCN pada 2022.