Kupola

Dalam bidang seni bina, sebuah kupola merupakan sebuah struktur kecil yang sering kali merupai kubah yang terdapat pada bahagian atas sesuatau bangunan. Sering digunakan sebagai tempat memerhati ataupun untuk membolehkan pengedaran cahaya dan udara, kupola lazimnya terletak di atas sebuah bumbung atau kubah yang lebih besar.

Kata "kupola" terbit daripada kata Latin cupula (Latin klasik daripada bahasa Yunani, κύπελλον kupelon) "cawan kecil" (Latin cupa) yang menggambarkan sebuah cawan yang diletakkan terbalik.