Bixa orellana

Bixa orellana
Lenggai biji tumbuhan
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Rosidae
Order:
Keluarga:
Genus:
Bixa
Spesies:
orellana
Nama binomial
Bixa orellana
Sinonim

Templat:Specieslist

Bixa orellana ialah sejenis tumbuhan renek berasal dari wilayah terangkum antara utara benua Amerika Selatan dan Mexico. Ia juga dikenali dengan banyak nama setempat termasuk achiote (di Dunia Baru), kunyit jawa dan kesumba keling (dua-dua dari Nusantara).

Tumbuhan ini ditanam untuk mendapatkan biji-biji yang merupakan sumber utama dalam masakan-masakan tradisional Amerika Tengah dan Selatan, Mexico, dan Caribbean. Ia juga ditanam secara industri di banyak negara di seluruh dunia sebagai sumber utama annatto yang diperoleh dari selaput biji berlilin sebagai agen pewarna kuning atau jingga pada banyak produk makanan seperti tenusu, marjerin dan daging serta sebagai suatu rempah khusus.