Kunyah (bahasa Arab)

Kunyah (kun-yah) (Arabic: كنية) ialah salah satu bentuk nama panggilan yang digunakan oleh masyarakat Arab. Ia dimulakan dengan salah satu daripada perkataan berikut:

  • Abu (bapa),
  • Ummu (ibu),
  • Ibnu (anak lelaki),
  • Bintu (anak perempuan),
  • Akhu (saudara lelaki),
  • Ukhtu (saudara perempuan),
  • ʿAmmu/ Khāl (bapa saudara),
  • ʿAmmatu/Khālatu (ibu saudara).

Contohnya: Abu Khālid, Ummu Yusuf, Ibnu al-Walīd, dan Bintu al-Siddīq.