Unsur kumpulan 5
| Kumpulan → | 5 |
|---|---|
| ↓ Kala | |
| 4 | 23 V |
| 5 | 41 Nb |
| 6 | 73 Ta |
| 7 | 105 Db |
Kumpulan unsur 5 juga dikenali sebagai kumpulan Vanadium merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-5 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada Vanadium (V), niobium (Nb), tantalum (Ta), dan dubnium (Db).
Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar. Walaupun begitu, hanya niobium sahaja tidak menunjukkan tidak menonjolkan corak yang sama.
| Z | Unsur | Bilangan elektron/petala |
|---|---|---|
| 23 | vanadium | 2, 8, 11, 2 |
| 41 | niobium | 2, 8, 18, 12, 1 |
| 73 | tantalum | 2, 8, 18, 32, 11, 2 |
| 105 | dubnium | 2, 8, 18, 32, 32, 11, 2 |
Kesemua unsur-unsur ini dikelaskan dalam kumpulan unsur 5 kerana mereka mempunyai 5 elektron pada yang paling luar.
Kerana kekecilan lantanid,jejari atom niobium dan tantalum sangat dekat.