Wow (kumpulan muzik)
WOW | |
|---|---|
| Asal | Malaysia |
| Genre | Rock eksperimental, rock progresif, slow rock, balada, rock |
| Tahun aktif | 1990 - 1993 |
| Syarikat pengurusan | Warnada (M) Sdn. Bhd. Maheswara Musik Records (Indonesia) Musica Studio's (edaran di Indonesia) |
| Syarikat rakaman | Maheswara Musik Records Musica Studio's |
| Bekas anggota | Ady (vokal) Din (vokal) Is (keyboard) Lan (gitar) Man (bes) Megat (dram) |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Wow (digayakan dalam huruf besar) merupakan sebuah kumpulan pemuzik rock yang pernah aktif di Malaysia sekitar era 90an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Kumpulan ini terkenal dengan lagu-lagu hits seperti Engkau Tetap Satu dan Kau Yang Satu. Bernaung di bawah syarikat rakaman Warnada, mereka telah menghasilkan dua album studio.