Kumpulan Tentera Darat Keenam Amerika Syarikat

Kumpulan Tentera Darat Keenam Amerika Syarikat
Insignia bahu Kumpulan Tentera Darat Keenam
Aktif1944–45
Negara Amerika Syarikat
Cawangan Tentera Darat Amerika Syarikat
JenisKumpulan tentera darat
PerananMarkas Kumpulan Tentera Darat
Saiz200,000: Tentera Darat Ketujuh A.S. dan Tentera Darat Pertama Perancis
Sebahagian daripadaAngkatan Ekspedisi Bersekutu
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Jacob L. Devers

Kumpulan Tentera Darat Keenam Amerika Syarikat ialah sebuah kumpulan tentera darat Pihak Bersekutu yang berperang di Kancah Operasi Eropah semasa Perang Dunia II. Dibentuk daripada ketumbukan-ketumbukan Tentera Darat Amerika Syarikat dan Tentera Darat Perancis, ia bertempur di Perancis, Jerman, Austria, dan, secara singkat, Itali. Juga dirujuk sebagai Kumpulan Tentera Darat Selatan, ia telah ditubuhkan pada Julai 1944 dan diperintah keseluruhan masanya oleh Jeneral Jacob L. Devers.

Untuk peranan utamanya dalam Operasi Undertone, Tentera Darat Ke-7 dibawahnya berjaya menyeberangi Sungai Rhine hingga masuk ke Jerman, menawan Nuremberg dan kemudian Munich. Akhirnya ia merentasi Brenner Pass dan berhubung dengan Tentera Darat Kelima AS di Vipiteno, Itali.