Panji (kumpulan muzik)

Panji ialah sebuah kugiran yang ditubuhkan di Dungun, Terengganu. Ia ditubuhkan untuk projek etnik muzik hasil perbincangan Azam Dungun bersama Ozzi (Rozzi Panji) iaitu bekas pemain drum kumpulan Roses dan Norman. Album pertama kumpulan Panji direkodkan di Fantasy Studio Taman Maluri KL dan King Studio, Petaling Jaya dengan Azam Dungun selaku produser album. Album ini berkonsep Rock Ethnic dan diterbitkan di bawah label Sony Music Malaysia. Kebanyakan lagu dalam album ini dirakamkan dengan alat-alat muzik tradisional seperti seruling bambu, gendang silat, serunai dan lain-lain lagi yang kebanyakannya dimainkan sendiri oleh Ozzi.

Kumpulan ini popular dengan lagu "Semilir" dan "Kasih Yang Tak Pasti" (duet bersama Ameng Spring).