Meditasi (kugiran)

Meditasi
Kulit album kumpulan Meditasi
Maklumat latar belakang
Juga dikenali
sebagai
Metal Wizard
AsalRaub, Pahang, Malaysia
GenreRock
PekerjaanKugiran
Tahun aktif1984
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitanBerkumpulan
Anggota semasaBurn (vokal dan bes)
Liey (gitar utama)
Ucop (gitar kedua)
Raja Azreen (dram)
Bekas anggotaBonn (gitar)
Keff Melissa (gitar kedua)
Yan (bes, meninggal dunia)
Man Tobey (bes, meninggal dunia)
Atan (dram)
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

Meditasi merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang pernah aktif pada era 1980-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Pada awalnya kumpulan ini menggunakan nama kumpulan Metal Wizard. Kesemua anggotanya merupakan kumpulan pemuda yang kesemuanya berasal dari Kampung Gali Hilir, Raub, Pahang. Kumpulan Metal Wizard ini yang ditubuhkan pada sekitar tahun 1984 terdiri daripada Rosli (gitar), Mazlan (gitar), Yan (bass), Danas (keyboard), Razali dan Burn (vokal).

Mereka menjalani latihan muzik bagi meningkatkan prestasi dan mendapatkan bimbingan dan pengawasan daripada kelab LLN dan JKR Raub, Pahang. Berkembang dari itu, mereka mula bergiat aktif membuat persembahan di majlis kahwin atau di funfair sekitar bandar Raub.

Pada tahun 1986, kumpulan Metal Wizard telah menyertai pertandingan Juara-Juara Rock peringkat negeri Pahang yang di anjurkan oleh Dewi Suhana Studio Johor Bharu, dan berjaya menggondol tempat pertama, sekaligus menaikan nama kumpulan Metal Wizard ketika itu di Pahang. Mereka kemudian menyertai Pertandingan Juara Rock Malaysia pada tahun yang sama, bersaing dengan kumpulan May, Desire dan The Kids. Namun, mereka gagal merangkul sebarang hadiah dalam pertandingan tersebut.

Sungguhpun gagal,kumpulan Metal Wizard tetap berkecimpung dalam bidang hiburan, malah giat berlatih disamping menghantar demo pada beberapa syarikat rakaman. Usaha mereka akhirnya berjaya menghasilkan kejayaan apabila mereka telah diterima oleh syarikat rakaman PMI (Perdana Muzikal Industri).

Mereka kemudian mengambil keputusan menukarkan nama kumpulan mereka kepada kumpulan Meditasi. Nama ini diilhamkan oleh Liey (gitaris) yang memilih nama dari kamus, dan juga merupakan judul sebuah lagu yang terdapat dalam album kumpulan Headwind. Nama ini juga digunakan sebagai judul album sulung mereka yang dikeluarkan pada tahun 1990. Dalam rakaman tersebut, Raja Azreen telah menggantikan tempat Atan sebagai pemain drum.