Black Fire (kumpulan muzik)
Black Fire | |
|---|---|
| Asal | Malaysia |
| Genre | Rock/Black Metal/Thrash Metal |
| Tahun aktif | 1982 |
| Kegiatan berkaitan | Berkumpulan |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Kumpulan Black Fire merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang berasal dari Perlis, dan aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Black Metal/Thrash Metal, dalam Bahasa Melayu.
Kumpulan Black Fire sebuah kumpulan Black Metal/Thrash Metal yang terawal di Malaysia atau di asia tenggara ketika itu. Pada mulanya ia ditubuhkan sebagai kumpulan Alter-Ego pada penghujung Tahun 1982, barisan anggota ketika itu Azmi(mi rambut)vokalis, Hadi drum, Aidi gitar, Razak bass. Tidak lama selepas itu penghujung 1983 di tukarkan kepada Metal Ghost.
Barisan anggota ketika itu :
Azmi(mi rambut)vokalis, Hadi drum, Aidi gitar, Razak bass.
Menukarkan nama sebagai Black Fire pada penghujung tahun 31 disember 1985. Black Fire telah menyertai pertempuran Battle Of The Rock Malaysia 1986, dan Juara Rock 1987(battle of the band 1987). Mereka juga telah mendapat tawaran dari Warnada untuk menghasilkan album, tetapi BlackFire tidak bersetuju untuk mengubah konsep muzik mereka.
Barisan anggota ketika itu :
Azmi-vokalis, Hadi-drum, Subri-bass, Aidi gitar/Yazid gitar/Razak gitar.
Mereka membawa lagu-lagu mereka tersendiri berkonsepkan Black Metal/Thrash Metal. Mereka makin dikenali setelah mendapat jemputan di dalam konsert thrash metal yang diadakan di Stadium Negara pada tahun 1988, BlackFire telah membuat gimik hinggakan mengemparkan Malaya, kemudian BlackFire telah menghilang dalam tempoh masa yang lama.
Azmi rambut-vocal, Hadi-drummer, Subri-bass, Yazid-guitar, Aidi-guitar
Kumpulan Black Fire yang berasal dari Perlis ini lebih selesa mengekalkan konsep Black Metal/Thrash Metal,, serta memainkan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri. Kumpulan Black Fire yang ditubuh pada tahun 1984 dianggap ‘Godfather’ dan ada juga yang menganggap BlackFire sebagai "God Of BlackMetal Malaysia" oleh otaimers dan di kalangan peminat fanatik BlackMetal untuk genre metal kerana mereka antara kumpulan yang terawal memperkenalkan konsep Black Metal pada tahun 1983(Metal Ghost). Sepanjang tempoh masa itu BlackFire telah ada 47 lagu, tanpa lirik didalam itu 30 lagu.
Lirik-lirik lagu berunsurkan Falsafah, Hikayat, Lagenda, Riwayat, Mitos, Mistik, Mahluk Purba, Kuasa Alam Ghaib, Fantasi, Kemanusiaan, Kematian, Kegelapan, Penentangan Peperangan dll. Lirik² lagu BlackFire ditulis dan memilih perkataan yang amat bagus, unik serta tinggi nilai maksudnya, diolah dan disusun atur tiap baris perkataan menjadi sebuah lagu yang tinggi nilainya dan dinyanyikan dengan jelas kerana mereka tahu kekuatan lagu mereka ada pada lirik apa yang hendak disampaikan bersama impak rasa muzik extrem mereka itu. Menyampaikan dan di dendangkan kekuatan lirik di dalam Bahasa Melayu.
Banyak band-band underground metal tempatan yang menjadikan mereka sebagai rujukan, panduan, kajian muzik dan menjadi satu kebanggaan. Salah-satunya kumpulan Sil Khannaz yang diketuai oleh penyanyinya Jaie. Menggambil nama sempena daripada salah satu tajuk lagu BlackFire ia itu Sil Khannas, di pahat kekal menjadi sebagai nama sebuah kumpulan dan amat membanggakan kerana Sil Khannaz juga bukan lah sebuah calang-calang kumpulan, mereka juga amat masyhur dan berada di barisan teratas didalam medan arena Metal.
Selepas konsert thrash metal pada tahun 1988, BlackFire menghilang tanpa sebarang jejak. Hanya nama BlackFire di sebut-sebut dan menjadi bualan dari mulut ke mulut dikalangan permuzik² dan perminat² irama keras., di ceritakan turun temurun kepada generasi muda.
BlackFire seolah-olah telah menjadi seperti Mitos atau Lagenda, yang entah betul atau entah tidak mengenai kewujudan mereka. Ramai hanya menggenali BlackFire hanya pada nama dan kisahnya sahaja. Tiada sebarang gambar atau video yang di rekodkan pada ketika itu di keluarkan di tunjukkan bagi mengesahkan kewujudan mereka. Hanya logo BlackFire sahaja yang dapat di lihat, itu pun hanya pada jaket², baju² peminat² tegar Black Metal/Thrash Metal sahaja.
Info: Pada tahun 2005 terjadi satu isu besar pada ketika itu, apabila isu Black Metal telah dimainkan secara serius dan diberi liputan negatif yang meluas di dada-dada akhbar dan majalah-majalah utama. Kesannya sedikit demi sedikit pengaruh muzik metal semakin menguncup dan tidak semeriah sebelumnya.
2006 - Kisah Mitos atau Sang Lagenda itu rupa-rupanya benar-benar wujud. Album pertama Black Fire "Lahir dari Api" telah di keluarkan di pasaran. Lagu-lagu di dalam album itu adalah hasil ciptaan Black Fire sendiri dari tahun 1983. Rammy banyak membantu berbincang ber-urusan untuk menjayakan mengeluarkan Album Black Fire di pasaran. Di bantu oleh Jaie Jokkhannaz(Sil Khannaz) sebagai penerbit di bawah Nebiula Productions. Album itu untuk membuktikan kewujudan mereka. Tidak lama selepas itu BlackFire kembali menghilang.. Anggotanya terus fokus kepada kerjaya hakiki dalam bidang mereka masing². Album itu sebagai hadiah serta bukti tentang kewujudan mereka.
2010 - Atas pemintaan penganjur yang berkehendak serta berhajat untuk melihat BlackFire kembali ke pentas. BlackFire telah muncul di Vokill Fest. Memgemparkan dunia muzik Metal dan peminat2 Black Metal/Thrash Metal tempatan ketika itu. Ketika itu juga telah di uar-uarkan, bahawa itu adalah konsert BlackFire yang terakhir. Berita itu amat mengejutkan terutama sekali peminat-peminat BlackFire yang tidak dapat hadir untuk turut serta pada malam itu untuk menyaksikan Sang Lagenda mereka beraksi. Selepas malam bersejarah itu, BlackFire Kembali lenyap menghilang tanpa sebarang jejak, dalam tempoh masa yang agak lama.
- Azmi Bahari - Vokal
- Hadi - Dram
- Rammy - Bass
- Joe Slaughter - Gitar
- Jadam - Gitar
2017 - Tanpa diduga nama BlackFire telah muncul di acara Mamatfest 2018. Sang Lagenda Hidup itu telah kembali di Mamatfest 2018, yang dipimpin oleh "Din Pendita Gila" atas kebenaran Azmi Rambut, untuk menggerakan kembali BlackFire, serta membuat kutipan untuk di serahkan pada Azmi Rambut yang ada masalah kesihatan. Din Pendita Gila bukan lah orang asing dikalangan BlackFire, dia juga pernah menggangotai BlackFire semasa di awal pergerakan BlackFire.
Mereka muncul dan dianggotai oleh barisan:
• Din Pendita Gila - Bass
• Subri - gitar
• Hadi - drum
• Zam - vocal
• [Di bantu oleh] Syed - gitar
Tetapi line up ini tak bertahan lama.
2018 - Blackies Black - Kembali dengan line up baharu:
• Din pendita - Gitar/Vocal
• Subri - gitar
• Hadi - drum
• Hakim - bass
Azmi Bahari ( Azmi Rambut ) - Kembali Ke Rahmahtullah(Meninggal Dunia) 2019. .
Line Up 2019:
• Din Pendita Gila - Gitar/vokal.
• Subri - gitar
• Hakim - bass
• Asri - drum
2020 - BlackFire " South East Asia Tour"
- Bangkok - Philippines - Malaysia - Singapore - Japan
2023 - Black Fire mengeluarkan album kedua mereka "The Enormous Warth" dalam bahasa English, terdapat satu lagu di dalam Bahasa Melayu "Lahirnya dari api 2" dengan vokalis baharu mereka Lord Eekram, yang mempunyai vokal yang agak luar biasa, menggunakan gaya vokal yang berbeza-beza, serta gaya penampilannya amat bagus di pentas-pentas memukau penonton dengan aksinya yang amat bertenaga. Didalam Album itu juga terdapat sebuah lagu gandingan vokal Eekram dan Sam Cromok.
Ada permintaan dan harapan sesetengah peminat di wilayah Nusantara mengharapkan BlackFire mengeluarkan album The Enormous Warth didalam bahasa ibunda bahasa Melayu, untuk pasaran Nusantara. Atau campuran lagu di dalam Album berbahasa Melayu dan bahasa English.
2025 - Black Fire Enourmous Wrath UK Tour United Kingdom
- Liverpool - Manchester - Sheffield - Birmingham - London
Kini BlackFire rancak mengadakan persembahan di pentas². Sang Lagenda itu masih hidup di kalangan kita. Hail.! To The Legend.!.
Kini dibarisi oleh
Line up 2023 - kini:
• Din Pendita Gila - Gitar/vokal 2
• Master Subri - Gitar
• Lord Eekram - Vokal
• Asri Speed Fire - Drum
• Hakim Internal - Bass