Kumaran Krishnan
Kumaran Krishnan | |
|---|---|
| குமரன் கிருஷ்ணன் | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Bagan Dalam | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Satees Muniandy (PH–DAP) |
| Majoriti | 7,542 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Kumaran a/l Krishnan |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Kumaran a/l Krishnan juga dikenali sebagai Calvin, merupakan ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) bagi Bagan Dalam sejak Ogos 2023. Beliau mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH). Beliau memulakan penggal pertamanya selepas memenangi Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang pada 12 Ogos 2023, menggantikan penyandang sebelumnya, Satees Muniandy .