Kuih getas

Kuih Getas atau kuih Getas-getas adalah sejenis kuih tradisi yang disira dengan air gula. Ia juga dikenali sebagai kuih Kemplang. Ia biasanya dibuat dari tepung beras berbentuk sedikit bujur dan selepas diadun ia digoreng sira dengan air gula.

Ia boleh dimakan sebagai makanan ringan bila-bila masa dan rasanya yang lembut dan kenyal itu menjadikan ia amat diminati.