Kucai

Kucai
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Asparagales
Keluarga:
Alliaceae
Genus:
Spesies:
A. tuberosum
A. ramosum
Nama binomial
Allium tuberosum
Allium ramosum

Kucai (Jawi: کوچاي; nama botani: Allium tuberosum) ialah daripada gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Kucai berasal dari Shanxi, ditanam dan ternaturalisasi mana-mana di Asia dan seluruh dunia.

Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas ia sesuai untuk dijadikan hiasan pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.

Variasi kucai yang popular ialah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.