Kubuntu

Kubuntu
Kubuntu 20.04 dengan KDE Plasma 5.18.5
Maklumat umum
EponimUbuntu dan KDE Plasma 4 (en)
Jenis sistemUbuntu
Keluarga sistemLinux (Ala UNIX)
PengasasJonathan Riddell (en)
PembangunCanonical Ltd. dan penyumbang komuniti
Keadaan kerjaSemasa
Model sumberPerisian bebas dan sumber terbuka
Keluaran awal8 April 2005
Keluaran terkini20.04 (Focal Fossa) / 23 April 2020
Tersedia dalam
Senarai bahasa
Ciri teknikal
Kaedah
pengemaskinian
APT (en) PackageKit (en)
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
x86 (mul)
x86_64
ARM
Jenis intiMonolitik
Antara muka
pengguna
lalai
KDE
LesenAwam Am GNU, Awam Am Rendah GNU, dan lain-lain
Pautan berkaitan
Tapak webwww.kubuntu.org
Bloghttps://kubuntu.org/news/
Tanda pagarKubuntu
sunting · sunting di Wikidata

Kubuntu (/kʊˈbʊnt/ kuu-BUUN-too) ialah salah satu daripada edaran Linux dari cabang rasmi Ubuntu. Ia menggunakan antara muka pengguna grafik berasaskan KDE berbanding Ubuntu yang menggunakan GNOME. Sebagai sebahagian daripada projek Ubuntu, Kubuntu menggunakan dasar sistem yang sama dan berkongsi repositori yang sama dengan Ubuntu serta diterbitkan secara berkala mengikut jadual yang sama seperti Ubuntu.

Pada mulanya, Kubuntu ditaja oleh Canonical Ltd. sehingga tahun 2012, selepas itu ianya dipindah milik kepada syarikat Blue Systems. Semasa pengambilalihan, Kubuntu mengekalkan penggunaan pelayan yang digunakan untuk projek Ubuntu dan pembangun sedia ada. Kubuntu 12.10 merupakan versi pertama yang diterbitkan setelah Kubuntu berada di bawah naungan Blue Systems.