Kubah Silsilah

Kubah Silsilah (Arab: قبة السلسلة, lit.'Kubah Rantai'; Qubbat As-Silsīlah) ialah sebuah kubah yang terletak di sisi sebelah timur Kubah Batu, di Kota Lama Baitulmaqdis. Sebagai salah satu bangunan tertua di Al-Haram Syarif (atau Bukit Bait Kudus, menurut umat Yahudi dan Kristian), kubah ini bukanlah sebuah masjid, melainkan sebuah tempat solat biasa.

Bangunan ini pada awalnya dibangunkan oleh dinasti Umayyah, dan sempat diubah menjadi sebuah gereja Kristian oleh tentera Salib, tetapi dikembalikan lagi sebagai tempat ibadah umat Islam oleh kerajaan Ayyubiyah. Pengubahsuaian atas Kubah Silsilah ini telah dilakukan oleh kerajaan Mamluk, kerajaan Uthmaniyah dan lembaga Wakaf Islam yang dilantik oleh Jordan.