Kuasa tiga
Kuasa tiga dalam matematik (aritmetik dan algebra) merujuk kepada proses pendaraban nombor n dua kali berturut-turut dengan dirinya sendiri, atau dikatakan mengalami eksponen tiga kali:
- n3 = n × n × n.
Kuasa tiga juga merupakan hasil darab suatu dengan hasil kuasa dua:
- n3 = n × n2.
Pangkat tiga juga merupakan rumus isi padu bagi kiub secara geometri dengan panjang sisi n, dan dengan itu, operasi ini juga disebut bersifat padu atau kubik. Fungsi songsang operasi ini bertujuan untuk mencari nombor dengan hasil pangkat tiganya adalah n dengan cara memperoleh punca kuasa tiga nombor n itu. Ini digunakan dalam panjang sisi suatu kubus yang diketahui isi padu, dan juga ditulis sebagai eksponen n dengan nombor sepertiga.
Kuasa tiga serta puncanya ialah fungsi ganjil:
- (−n)3 = −(n3).
Kuasa tiga dari suatu nombor atau ungkapan matematik lain dilambangkan dengan superskrip 3, misalnya 23 = 8 atau (x + 1)3.