Kruiser kelas Virginia

USS Virginia
Ringkasan kelas
Nama: Kelas-Virginia
Pembina: Newport News Shipbuilding & Dry Dock Company
Pengguna:  Tentera Laut Amerika Syarikat
Didahului oleh: kelas California
Diganti oleh: kelas Ticonderoga
Kos: AS$675 juta (nilai dolar pada tahun 1990)
Dibina: 1972–1980
Ditauliahkan: 1976–1998
Dirancang: 11
Disiapkan: 4
Dibatalkan: 7
Dibersarakan: 4
Ciri-ciri umum
Jenis: Kruiser peluru berpandu
Sesaran:
  • Sesaran ringan: 10,663 tan
  • Sesaran penuh: 11,666 tan
Panjang: 586 ka (179 m) oa.
Lunas: 63 ka (19 m) maks.
Draft: 32 ka (9.8 m) maks.
Jana kuasa: 2 x reaktor nuklear D2G General Electric, 2 x aci, 60,000 shp (45,000 kW)
Halaju: over 30 kn (56 km/j; 35 mph)
Jarak: Tiada had
Anak kapal: 39 pegawai, 540 lain-lain pangkat
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar pencari udara AN/SPS-48E 3-D
  • Radar pencari udara AN/SPS-49 2-D
  • Radar pencari permukaan AN/SPS-55
  • Radar kawalan tembakan meriam AN/SPQ-9A
  • Radar kawalan tembakan AN/SPG-60
  • Radar kawalan tembakan peluru berpandu AN/SPG-51
  • Sonar haluan AN/SQS-26
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • AN/SLQ-32
  • Mark 36 SRBOC
  • AN/SLQ-25 Nixie
Persenjataan:
  • 2 × Pelancar peluru berpandu Mk 26 untuk 68 buah peluru berpandu
  • Peluru berpandu RIM-66 Standard (MR) / RUR-5 ASROC
  • 8 × Peluru berpandu Tomahawk (daripada 2 buah kotak berperisai selepas pemasangan semula)
  • 8 × RGM-84 Harpoon (daripada dua buah pelancar berganda empat Mk-141)
  • 4 × torpedo Mk 46 (daripada tiub-tiub tunggal tetap)
  • 2 × meriam tembakan cepat kaliber 5-inch/54 Mk-45
  • 2 × 20 mm Phalanx CIWS (selepas pemasangan semula)
  • 2 × merian rantai 25 mm Mk 38
  • 6 × mesingan .50 cal (12.7 mm) M2
Perisai: 1 in (25 mm) Kevlar plastic armor installed around combat information center, magazines, and machinery spaces
Pesawat yang dibawa:
  • Seperti pemasangan: hangar di bawah dek untuk sebuah helikopter SH-2F Seasprite
  • Dek penerbangan yang diisi dengan tempat simpanan dan pelancar peluru berpandu Tomahawk selepas pemasangan semula

Kruiser peluru berpandu kelas-Virginia berkuasa nuklear juga dikenali dengan kelas CGN-38 merupakan satu siri empat buah kapal kruiser peluru berpandu berkuasa nuklear yang ditauliahkan bermula pada akhir tahun 1970an hingga 1980, yang mana berkhidmat dalam Tentera Laut Amerika Syarikat sehingga akhir tahun 1990an. Kapal ini merupakan kelas kapal kruiser berkuasa nuklear terakhir yang disiapkan dan kapal terakhir yang dipesan sebagai sebuah kapal pembinasa di bawah sistem pengelasan semula sebelum tahun 1975.

Kapal-kapal dalam kelas ini secara relatifnya mempunyai jangka hayat perkhidmatan yang pendek. Ekoran pendorongannya yang menggunakan kuasa nuklear, ia sangat mahal untuk dioperasikan. Pada tahun 1994, apabila waktu untuk penukaran bahan api reaktor separuh hayatnya tiba, Belanjawan Kelulusan Pertahanan dibuat yang mana mengakibatkan potongan sebanyak 38% kepada belanjawan tentera laut, dibandingkan dengan belanjawan 1993. Kos sebanyak lebih AS$300 juta bagi setiap penukaran bahan api serta kerja-kerja naik taraf yang lain menjadikan kapal-kapal kelas ini menjadi sasaran mudah untuk dibersarakan. Setiap kapal kemudian mula dibersarakan bermula dengan Texas pada Julai 1993 dan berakhir dengan Arkansas pada tahun 1998. Setaip kapal melalui program kitar semula dan pelucutan tauliah kapal nuklear (kapal dan kapal selam).