Krone Liechtenstein

Krone Liechtenstein (jamak: kronen) ialah mata wang Liechtenstein dari 1898 hingga 1921. Ia dibahagikan kepada 100 heller, dengan duit syilingnya kini jarang ditemui berbanding dengan nota banknya.

Liechtenstein menggunakan Krone Austria-Hungary dan Krone Austria selepas pembubaran Empayar Austria-Hungary pada 1918. Pada 1921, ia bertukar kepada Franc Switzerland, akibat ketakstabilan Krone. Krone Liechtenstein mempunyai jumlah logam berharga yang sama dengan Krone Austria-Hungary dan Krone Austria. Duit syilingnya dikeluarkan dalam jenis mata wang 1, 2, 5, 10, dan 20 kronen. Sebagai terbitan kecemasan pada 1920, nota bank dikeluarkan dalam nilai 10, 20, dan 50 heller.