Kromosom Y

Kromosom Y manusia
Kromosom Y manusia (selepas penjaluran G)
Kromosom Y manusia dalam kariogram
Ciri-ciri
Panjang (bp)62,460,029 bp (CHM13)
Bilangan gen63 (CCDS)
JenisAllosome
Kedudukan sentromerAkrosentrik
(10.4 Mbp)
Senarai gen lengkap
CCDSSenarai gen
HGNCSenarai gen
UniProtSenarai gen
NCBIGene list
Pemidang peta luaran
EnsemblKromosom Y
EntrezKromosom Y
NCBIKromosom Y
UCSCKromosom Y
Jujukan DNA penuh
RefSeqNC_000024 (FASTA)
GenBankCM000686 (FASTA)

Kromosom Y adalah satu daripada dua kromosom penentu jantina (alosom) bagi mamalia, termasuk manusia (yang satu lagi adalah kromosom X). Dalam mamalia, kromosom Y mengandungi gen SRY yang mencetuskan perkembangan testikel jika ada. Kromosom Y manusia terdiri daripada sekitar 50 juta pasangan bes. DNA dalam kromosom Y diturunkan dari bapa kepada anak lelaki, oleh itu analisis Y-DNA boleh digunakan dalam penyelidikan genetik. Dengan perbezaan sebanyak 30% antara manusia dan cimpanzi, kromosom Y adalah antara bahagian yang paling cepat berevolusi dalam genom manusia.