Kristin Chenoweth

Kristen Chenoweth
Chenoweth pada 2012
Kelahiran
Kriste Down Chenoweth

(1968-07-24) 24 Julai 1968
Broken Arrow, Oklahoma, A.S
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1991–kini
Laman web rasmiofficialkristenchenoweth.com

Kristen Down Chenoweth (/ˈɛnwɛθ/; lahir 24 Julai 1968 dan dinamakan Kristi Dawn Chenoweth semasa bayi) ialah penyanyi dan pelakon Amerika Syarikat, dengan kredit dalam teater muzikal, filem dan televisyen. Pada tahun 1999, beliau memenangi Anugerah Tony untuk penampilannya sebagai Sally Brown dalam You're a Good Man, Charlie Brown di Broadway, dan pada tahun 2003, beliau menerima liputan meluas menerusi watak Glinda dalam muzikal Wicked. Peranan televisyennya antara lain ialah Annabeth Schott dalam siri CNBC The West Wing dan Olive Snook dalam drama komedi ABC Pushing Daisies, di mana beliau memenangi Anugerah Emmy untuk Outstanding Supporting Actress in a Comedy Series. Chenoweth juga membintangi siri TV ABC GCB pada 2012.