Krisis kerajaan United Kingdom Julai 2022

Pada awal Julai 2022, kira-kira satu pertiga daripada 179 orang menteri kerajaan Britain, Setiausaha Sulit parlimen dan utusan perdagangan meletakkan jawatan mereka dalam pentadbiran kedua Perdana Menteri Boris Johnson, yang berakhir dengan peletakan jawatan Johnson pada 7 Julai.

Pada 5 Julai, berikutan skandal Chris Pincher, Canselor Perbendaharaan, Rishi Sunak dan Setiausaha Negara bagi Kesihatan dan Penjagaan Sosial, Sajid Javid meletak jawatan. Sebilangan besar anggota kerajaan yang lain kemudiannya bertindak meletak jawatan, membawa kepada spekulasi sama ada Johnson akan meneruskan sebagai Perdana Menteri United Kingdom atau tidak. Ketua Pembangkang Keir Starmer mengkritik Johnson dan Konservatif yang kekal dalam Kabinet .

Menjelang 7 Julai, 60 orang ahli Parlimen (AP) telah meletak jawatan daripada jawatan kerajaan dan parti, dengan Setiausaha Negara bagi Peningkatan Aras, Perumahan dan Komuniti, Michael Gove, dipecat oleh Johnson sehari sebelumnya. Selepas dua hari enggan meletak jawatan, Johnson mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua Parti Konservatif, dengan berkata: "Seperti yang kita lihat di Westminster ... apabila kumpulan itu bergerak, ia bergerak. Dan kawan-kawan saya, dalam politik, tiada siapa yang sangat diperlukan."