Kriket Ujian

Kriket Ujian (test cricket) adalah satu bentuk perlawanan kriket. Nama "Test" berasal daripada idea bahawa perlawanan ini merupakan "ujian kekuatan" dari kedua-dua pihak. . Ia adalah format yang sangat berprestij yang hanya boleh dimainkan oleh 12 pasukan kebangsaan yang diperakui oleh Majlis Kriket Antarabangsa (ICC).

Istilah ini pertama kali digunakan untuk perlawanan antara England dan Australia pada 1861-1862. Perlawanan Tes kriket dimainkan antara dua pasukan selama 5 hari, dengan setiap hari terdiri daripada 3 sesi, setiap sesi berlangsung 2 jam. Setiap pasukan mempunyai 11 pemain.