Kren
Kren (disebut [krén]; Jawi: کرين) ialah sejenis mesin yang biasanya dilengkapi dengan tali-tali pengangkat, dawai atau rantai dan daun yang dapat digunakan untuk mengangkat, memindahkan dan menurunkan bahan secara mendatar. Ia digunakan terutamanya untuk mengangkat barang berat yang dapat diangkut ke tempat lain. Alat ini menggunakan satu atau lebih mesin sederhana untuk mencipta kelebihan mekanikal dan dengan itu memindahkan beban melebihi kemampuan normal manusia. Kren biasanya digunakan dalam industri pengangkutan untuk pemuatan dan pemunggahan barang, dalam industri pembinaan mengangkutkan bahan binaan serta dalam industri pembuatan untuk pemasangan jentera berat.