Krating Daeng

Krating Daeng
JenisMinuman tenaga
Negara asalThailand
Diperkenalkan1976
Produk berkaitanRed Bull
Laman webwww.kratingdaeng.com

Krating Daeng (Bahasa Thai: กระทิงแดง; RTGSkrathing daeng; Sebutan bahasa Thai: [krā.tʰiŋ dɛ̄ːŋ]; Sebutan bahasa Thai: [krā.tʰiŋ dɛ̄ːŋ], "seladang merah") merupakan suatu jenama minuman tenaga manis tidak berkarbonat dari Thailand dibangunkan oleh Chaleo Yoovidhyam. Minuman itu dijual di Asia Tenggara, China, dan 165 negara lain.

Logo Krating Daeng mendasarkan penjenamaannya: dua lembu menyerang melambangkan kekuatan, merah menandakan ketabahan manakala latar belakang matahari melambangkan tenaga. Krating Daeng menjadi asas untuk penciptaan minuman tenaga jualan terbaik di dunia, Red Bull.