Krater

Krater (Yunani: κρατήρ, kratēr "mixing vessel") ialah bekas yang digunakan dalam kalangan masyarakat Yunani Purba untuk menyimpan wain secara besar-besaran dalam rumah.

Bekas-bekas ini sangat besar dan digilap dalamannya untuk menampung dan menakung cecair dengan lebih kuat. Ia turut dihiasi dengan lukisan menggambarkan kehidupan seharian tamadun Yunani ini.