Kozak

Kozak, Kazaki atau Kosek ialah sekumpulan masyarakat berbahasa Slavia Timur yang hidup di kawasan dan pulau-pulau terpencil sepanjang sungai-sungai sekitar timur dan selatan Ukraine serta di selatan Rusia - termasuk hilir Sungai Dnieper, Don, Terek dan Ural. Mereka sering membentuk masyarakat yang memerintah sendiri secara demokratik dan bersedia untuk berperang.

Kegiatan penerokaan dan peperangan mereka sendiri memainkan peranan penting dalam pembentukan budaya serta sejarah kedua-dua negara Ukraine dan Rusia.