Koseki
Koseki ((戸籍)) ialah pendaftaran keluarga bagi warga negara Jepun. Undang-undang Jepun mewajibkan seluruh rumah tangga Jepun ("ie" dalam bahasa Jepun) untuk melaporkan segala hal yang berkaitan dengan kelahiran, pengambilan anak angkat, paterniti, pembatalan ambilan anak angkat, kematian, pernikahan, dan perceraian yang terjadi di dalam keluargan ke pihak berkuasa tempatan yang yang menyusun rekod sedemikian merangkumi semua warga Jepun dalam bidang kuasa mereka. menjadi sah secara efektif hanya apabila peristiwa tersebut direkodkan dalam koseki. Kelahiran dan kematian menjadi sah di sisi undang-undang kerana ia berlaku, tetapi peristiwa tersebut mesti difailkan dan dimaklumkan pihak berkuasa tempatan oleh ahli keluarga.