Kopi putih Ipoh
| Kopi putih Ipoh 怡保白咖啡 | |
|---|---|
Secawan kopi putih Ipoh di Old Town Kopitiam di Melbourne, Australia | |
| Jenis | Minuman kopi |
| Tempat asal | Ipoh, Malaysia |
| Kawasan/rantau | Asia Tenggara |
| Masakan berkaitan | Malaysia |
| Suhu penghidangan | Panas atau sejuk |
| Bahan utama | Serbuk kopi, susu pekat manis |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Kopi putih Ipoh (Cina: 怡保白咖啡) ialah minuman kopi popular yang berasal dari Ipoh, Perak, Malaysia, menjadikan Ipoh dinamakan sebagai salah satu daripada tiga bandar kopi terkemuka oleh Lonely Planet. Biji kopi dipanggang menggunakan marjerin minyak sawit, dan kopi yang terhasil dihidangkan bersama susu pekat manis.