Kopi luwak

Kopi luwak
Longgokan biji kopi luwak terkumpul
JenisKopi, penapaian 
Tempat asalIndonesia
Bahan utamaCoffea arabica
sunting ยท sunting di Wikidata

Kopi luwak ialah sejenis minuman kopi dibuat daripada seduhan biji-biji buah kopi tinjaan luwak; biji-biji ini diyakini memiliki rasa yang berbeza dan tersendiri setelah dimakan dan ditapai dalam saluran pencernaan badan luwak tersebut. Kopi ini diusahakan di pulau-pulau Sumatra, Jawa, Bali dan Sulawesi di Indonesia serta Timor Leste, tetapi ia juga telah disebar kembangkan ke Filipina.

Kemasyhuran kopi ini di kawasan Asia Tenggara telah lama diketahui, tetapi baru menjadi terkenal luas setelah dihebahkan dalam kalangan lingkungan peminat kopi gourmet pada tahun 1980-an. Biji kopi luwak adalah yang termahal di dunia mencapai USD100 per 450 gram.

Kehendak tinggi terhadap kopi langka ini mendesak pengusaha memburu luwak untuk dibiakkan secara haram agar mencernakan buah-buah kopi ini secara intensif dalam sangkar-sangkar yang serba kurang dan sempit dengan bekalan makanan yang kurang sehingga menaikkan kadar kematian luwak-luwak dikurung.