Kontroversi
Kontroversi atau tengkarah ialah keadaan pertikaian atau perdebatan awam berpanjangan, biasanya mengenai sesuatu pendapat atau sudut pandang yang bertembung laga.
Ungkapan "kontroversi" mula wujud dari kata Latin controversia terbitan controversus – "berpatah dalam arah bertentangan" lakuran kata contra – "melawan" – dan vertere – berpatah, berpusing, atau melawan sekaligus bererti "berpatah balik melawan". "Tengkarah" meminjam dari bahasa Minangkabau.