Konsonan letusan
| Cara artikulasi |
|---|
| Obstruen |
| Hentian |
| Letusan |
| Geseran |
| Sibilan |
| Sonoran |
| Sengau |
| Tamparan |
| Getaran |
| Aproksiman |
| Cecair |
| Vokal |
| Separuh vokal |
| Sisian |
| Arus udara |
| Ejektif |
| Implosif |
| Klik |
| Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [Bantuan] |
Konsonan letusan atau afrikat merupakan konsonan yang bermula seperti hentian (selalunya konsonan gusi, seperti [t] atau [d]), kemudian dilepaskan seperti konsonan geseran (seperti [s] atau [z]). Contoh-contoh konsonan letusan dalam bahasa Melayu ialah [t̠ʃ] (c dalam cacing) dan [d̠ʒ] (j dalam jaring).
Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), konsonan letusan selalunya dilambangkan oleh dua bunyi (hentian diikuti geseran) yang membentuknya (cth. [pf], [kx]). Bagaimanapun, ada baiknya menggunakan aksara tunggal untuk menekankan bahawa letusan berfungsi sebagai fonem tunggal. Oleh itu, pihak IPA mencadangkan kedua-dua unsur letusan dengan tanda ikatan (cth. [p͡f], [k͡x]).