Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir
| Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir | |
|---|---|
| Konsert penghargaan oleh Siti Nurhaliza | |
Poster teatrikal konsert | |
| Lokasi | Kuala Lumpur |
| Tempat | Istana Budaya |
| Tarikh mula | 30 Mei 2002 |
| Tarikh tamat | 2 Jun 2002 |
| Jumlah persembahan | 4 |
| Kronologi konsert Siti Nurhaliza | |
Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir ialah konsert solo keempat oleh penyanyi Malaysia, Siti Nurhaliza. Ia diadakan selama lima hari berturut-turut di Istana Budaya, Kuala Lumpur dan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan dan Koir Kebangsaan Malaysia.
Ia juga merupakan konsert Siti yang pertama yang diadakan di Istana Budaya dan konsert penghargaan pertama beliau bagi memberi penghormatan kepada penyanyi lagenda Malaysia, Allahyarham Sudirman Haji Arshad.