Konjektur

Konjektur, atau ada juga disebut terkaan, ialah sejenis kenyataan matematik yang disyaki benar tetapi masih belum dijumpai bukti sama ada ia benar ataupun tidak. Karl Popper memulakan penggunaan istilah "konjektur" dalam falsafah eksperimental. Konjektur berbeza dengan hipotesis (dan juga teori, aksiom, prinsip) yang merupakan pernyataan yang boleh diuji berdasarkan asas yang diterima. Dalam matematik, satu konjektur ialah proposisi atau teorem yang kelihatan benar.