Kongres Manastir
Kongres Manastir (Albania: Kongresi i Manastirit) ialah sebuah mesyuarat akademik yang diadakan di bandar Manastir (Bitola) dari 14 November hingga 22 November 1908, bertujuan untuk memiawaikan abjad Albania. 22 November sekarang diraikan sebagai Hari Abjad (Albania: Dita e Alfabetit). Sebelum Kongres, bahasa Albania diwakili campuran enam abjad berlainan, dengan beberapa subvariasi.