Konflik Nagorno-Karabakh


Konflik Nagorno-Karabakh ialah konflik etnik dan wilayah antara Armenia dan Azerbaijan atas daerah yang dipertikaikan Nagorno-Karabakh yang dihuni hampir seluruhnya etnik Armenia, dan tujuh daerah sekitar yang dihuni hampir seluruhnya oleh etnik Azeri (sebelum diusir) semasa Perang Nagorno-Karabakh Pertama di dalam wilayah yang secara praktik dikawal oleh negara tidak diiktiraf Republik Artsakh, walaupuni di peringkat antarabangsa dan diiktiraf secara hukum sebagai sebahagian dari Azerbaijan. Konflik awal sebenarnya bermula sejak awal abad ke-20, walaupun fasa moden konflik itu hanya bermula pada tahun 1988. Ketika itu etnik Armenia berjuang menuntut Karabakh diletakkan di bawah kawalan Soviet Armenia berbanding Soviet Azerbaijan. Konflik itu akhirnya berkembang menjadi perang skala besar pada awal 1990-an.

Gencatan senjata yang ditandatangani pada tahun 1994 telah berjaya mewujudkan suasana stabil selama dua dekad sebelum merosot ketara ekoran kekecewaan Azerbaijan menunggu status quo. Berbalik ironi pada Armenia yang sedang gembira mengukuhkan pendudukannya. Perang empat hari pada April 2016 merupakan pelanggaran gencatan senjata yang paling tragis hingga tercetus perang lebih besar pada tahun 2020. Sengketa ini bagaimanapun berakhir melalui perjanjian damai pada 10 November 2020 ketika Azerbaijan buat kesekian kalinya berkuasa kembali atas wilayah sekitar yang pernah diduduki, termasuk bonus mengawal satu pertiga Nagorno Karabakh. Bagaimanapun gencatan terbatal sekali lagi di Nagorno Karabakh susulan konflik di sempadan Armenia-Azerbaijan sebagai kesinambungan dari perang terdahulu tahun 2020. Azerbaijan pada Disember 2022 mula mengepung Nagorno-Karabakh dan melancarkan serangan tentera besar-besaran pada September 2023 sehingga memaksa gencatan senjata yang berikutnya ditandatangani. Kesan serangan itu, majoriti etnik Armenia melarikan diri dan Republik Artsakh pun bubar pada 1 Januari 2024.