Konflik Fatah–Hamas

Perang Saudara Palestin

Peta Negara Palestin menunjukkan bandar penting
Tarikh15 Disember 2006 – kini (tiada pertempuran besar sejak 2008)
Lokasi
Genting Gaza (kebanyakannya), Tebing Barat
Keputusan Hamas mengambil alih kuasa di Gaza (2007)
Perjanjian perdamaian (2011)
Pihak yang terlibat
Hamas Fatah
Kekuatan
Briged Izzuddin Al-Qassam: 15,000
Kuasa Polis Eksekutif: 6,000
Keselamatan Kebangsaan: 30,000
Kuasa Keselamatan Pencegahan: 30,000
Risikan Umum: 5,000
Pengawal Presiden: 4,200
Briged Syuhada al-Aqsa: Beberapa ribu
Kerugian dan korban
83 terbunuh 165 terbunuh
98 orang awam terbunuh
1000+ cedera, di kedua belah pihak

Konflik Fatah-Hamas (Arab: النزاع بين فتح و حماس Al-Nizāʿ baina Fataḥ wa Ḥamās), atau Perang Saudara Palestin (Arab: الحرب الأهلية الفلسطينية Al-Ḥarb al-ʾAhliyyah al-Filisṭīnīyah) atau Konflik Saudara (Arab: صراع الأخوة Ṣirāʿ al-Ikhwah), bermula pada akhir 2006 dan masih berjalan sehingga pertengahan 2011, di antara dua puak utama Palestin, Fatah dan Hamas. Kebanyakan pertempuran terjadi di Genting Gaza, yang telah diambil alih oleh Hamas pada Jun 2007.